Search
Close this search box.
Dato Sri Wong Soon Koh dan Johnical Rayong Ngipa ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar di Kuching, hari ini. Foto Salasiah Safian (TVS)

Rela bubar parti, akui pimpinan GPS berjaya bawa pembangunan

BySalasiah Safian

KUCHING, 14 Apr: Parti Sarawak Bersatu (PSB) merupakan parti pertama dalam sejarah Malaysia dibubarkan atas kerelaan sendiri demi menyertai kerajaan iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diakui pucuk pimpinannya terbukti berjaya membawa pembangunan.

Naib Presiden Kanan Parti Demokratik Progresif (PDP) Dato Sri Wong Soon Koh yang dahulunya Presiden PSB berkata beliau dimaklumkan perkara ini oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

“Semua parti lain telah dibatalkan pendaftarannya, tetapi kami, tidak. Kami membubarkan sendiri untuk laluan kami menyertai PDP supaya kami sebahagian daripada ahli parti komponen GPS,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar di sini, hari ini.

Seorang lagi bekas pemimpin PSB yang kini dilantik sebagai Naib Presiden PDP, Johnical Rayong Ngipa pula berkata perkhidmatan beliau kepada rakyat di kawasannya adalah lebih penting dan beliau akan memberi segala tenaga, kerjasama dengan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Premier (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) telah menjalankan tugas dengan begitu cermerlang dan beliau adalah bapa perancangan Sarawak. Dahulu kedudukan di Sarawak adalah di bawah.

“Tapi sekarang kita jelas akan polisi beliau, bagaimana beliau menguruskan rakyat dan negeri kita. Kita telah maju, aman dan damai.

Segulai sejalai, menyaksikan Sarawak stabil dari segi politik, terus kukuh terutama ekonomi dan kemajuan rakyat khasnya di luar bandar,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan