Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Bahagian Sibu, malam tadi. Foto Akma Salleh (TVS)

Projek pembangunan semula Bukit Assek bermula 2026

ByAkma Salleh

SIBU, 14 April: Projek pembangunan semula Bukit Assek yang bakal mengubah wajah bandar ini dijadual bermula pada tahun 2026.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pelan induk pembangunannya akan siap pada suku pertama tahun 2025.

“Pelaksanaan projek di kawasan ini (Bukit Assek) melibatkan empat fasa dan masa untuk kita membangunkan semula adalah dalam tempoh 15 tahun iaitu hingga 2040.

“Ini akan memberi suntikan ekonomi kepada Sibu yang secara tidak langsung boleh dihubungi oleh Kapit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Bahagian Sibu di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud di Universiti Teknologi Sarawak (UTS) di sini, malam tadi.

Sebelum ini, Abang Johari berkata pembangunan semula kawasan Bukit Assek di Sibu dapat dilaksanakan walaupun terpaksa mengambil masa lebih sedekad untuk direalisasikan.

Beliau berkata dengan perancangan pembangunan betul serta kemahuan tinggi untuk melaksanakannya, pembangunan semula kawasan Bukit Assek dapat dilaksanakan demi kepentingan rakyat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan