Search
Close this search box.
Kejadian tembak di KLIA Terminal 1 adalah bersifat peribadi dan tidak melibatkan sebarang aktiviti keganasan. Foto media sosial

Kejadian tembak di KLIA Terminal 1 bersifat peribadi

ByBernama

PUTRAJAYA, 14 April: Polis mengesahkan berlaku kejadian tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 awal pagi tadi, bagaimanapun keadaan terkawal dan selamat.

Kejadian tembak di KLIA Terminal 1 bersifat peribadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata kejadian berlaku kira-kira 1.30 pagi melibatkan seorang lelaki telah melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena seorang lelaki tempatan yang juga pengawal peribadi.

“Pihak polis telah kenal pasti identiti suspek dan lancarkan operasi mengesannya yang dipercayai telah melarikan diri ke (arah) utara,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata kejadian adalah bersifat peribadi dan tidak melibatkan sebarang aktiviti keganasan atau mana-mana kumpulan.

“Siasatan lanjut polis mendapati lelaki itu sebenarnya mahu melepaskan tembakan ke arah isterinya yang berada di situ dan sedang menunggu kepulangan jemaah umrah.

“Bagaimanapun tembakan berkenaan terkena seorang individu mengakibatkan mangsa cedera parah, manakala suspek bertindak melarikan diri sejurus selepas kejadian,” katanya.

Hussein berkata motif kejadian masih dalam siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai kes cubaan bunuh yang disiasat dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Akta Senjata 1960. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan