Search
Close this search box.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika meninjau lokasi kejadian tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 awal pagi tadi. Foto Bernama

Isteri pengawal peribadi tak sangka suami ditembak pada bulan Syawal

ByBernama

KUALA LUMPUR, 14 April: “Terkejut dan tidak sangka perkara begini berlaku pada bulan Syawal,” demikian luah isteri kepada pengawal peribadi yang parah ditembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi tadi.

Wanita yang mahu dikenali sebagai Siti Noraida, 28, itu berkata sejurus selepas menerima maklumat berkenaan kejadian sekitar pukul 2 pagi itu, beliau terus bergegas ke Hospital Cyberjaya untuk melihat suaminya yang sedang menerima rawatan.

Kejadian tembak di KLIA Terminal 1 bersifat peribadi

“Pihak hospital memaklumkan keadaan suami saya ketika ini kritikal dan perlu ditidurkan. Saya juga diberitahu ada pendarahan teruk dan waktu tiba di hospital dia sesak nafas, tapi tiada organ penting yang kena (tembakan),” katanya kepada Bernama.

Suri rumah sepenuh masa itu berkata suaminya ditugaskan sebagai pengawal peribadi secara sambilan sebelum Ramadan lepas.

Tembakan di KLIA: Suspek miliki tiga rekod jenayah lampau

Terdahulu Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan berlaku kejadian tembakan di Balai Ketibaan KLIA Terminal 1 awal pagi tadi melibatkan seorang suspek lelaki yang telah dikenal pasti identitinya dan dipercayai telah melarikan diri ke Utara.

Beliau berkata kejadian adalah bersifat peribadi dan tidak melibatkan sebarang aktiviti keganasan atau mana-mana kumpulan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan