Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Bahagian Sibu, malam tadi. Foto Akma Salleh (TVS)

Abang Johari akan ke Poland, Bangkok kongsi hala tuju tenaga hijau di Sarawak

SIBU, 14 April: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata beliau akan ke Poland pada minggu hadapan bagi berkongsi menerusi ucapannya mengenai penerokaan tenaga hijau dari perspektif Sarawak.

Menurutnya, Sarawak menjadi perhatian dunia selepas memperkenalkan inisiatif pembangunan mampan seperti tenaga hijau.

“Kita (Sarawak) mempunyai hala tuju jelas. Kita menggunakan kaedah baru termasuk tenaga hijau.

“Minggu depan saya akan ke Poland untuk berucap di sana mengenai tenaga hijau dari perspektif Sarawak. Ini adalah kejayaan kita kerana dapat berkongsi. Selepas itu, saya akan ke Bangkok untuk berkongsi mengenai tenaga hijau juga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Bahagian Sibu di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud di Universiti Teknologi Sarawak (UTS) di sini, malam tadi.

Dalam perkembangan berkaitan, Abang Johari berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memuji inisiatif Sarawak dalam penggunaan tenaga boleh baharu tersebut.

“Sarawak adalah wilayah yang juga diperhatikan oleh Semenanjung. Bak kata Anwar Ibrahim, Sarawak semakin maju sekarang. Undang undang kita pun turut ke depan,” katanya lagi.

Untuk rekod, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan Sarawak bagi mempromosi tenaga hijau yang memanfaatkan sumber tenaga boleh diperbaharui.

Inisiatif ini juga telah menjadi teras utama dalam agenda pembangunan lestari yang mengutamakan kemampanan masa depan dari segi ekonomi, kewangan, penggunaan tenaga dan alam sekitar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan