Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh bercakap semasa Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman rasminya di Kuching pada Sabtu. Foto TVS

Tuntutan autonomi alam sekitar dilaksana secara berperingkat

KUCHING, 13 April: Tuntutan Sarawak dan Sabah terhadap autonomi alam sekitar daripada Kerajaan Persekutuan seperti termaktub Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan dilaksanakan secara berperingkat.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata bagi tujuan tersebut, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sudah melakukan persiapan bagi proses pemindahan kuasa terutama melibatkan pengurusan sisa terjadual dan sisa tidak terjadual di Sarawak daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Jadi kita mengambil kuasa ini secara berperingkat kerana kita tidak dapat mengambil alih semua kuasa secara serentak.

“Oleh sebab itulah perbincangan ini akan berterusan secara dinamik dan pada tahun ini serta tahun depan kita susah membuat persediaan melatih tenaga kerja NREB untuk mengambil alih kuasa yang tertentu,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita semasa Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman rasminya di Kuching pada Sabtu.

Len berkata, fokus ketika ini menjurus kepada usaha untuk memastikan NREB mempunyai tenaga kerja dan kepakaran diperlukan seterusnya bersedia untuk mengambil alih kuasa-kuasa tersebut.

Menurutnya, sebahagian daripada tenaga kerja JAS di Sarawak ini mungkin akan dipinjamkan kepada NREB bagi membantu dalam mengendalikan tugas dalam alam sekitar ini.

Merusi hubungan baik antara kedua agensi kerajaan negeri dan persekutuan itu, beliau optimis semua proses dan usaha untuk memastikan pemindahan kuasa tersebut akan berjalan lancar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan