Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar beramah mesra bersama tetamu yang hadir di perkarangan kediaman Datuk Abdul Wahab Dollah semasa kunjungan ketiga sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2024 di Sibu. Foto TVS

Tun Wan Junaidi, isteri berkunjung ke rumah terbuka Aidilfitri di Sibu

SIBU, 13 April: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi berkunjung ke rumah terbuka Aidilfitri kediaman Temenggong Datuk Wan Hamid Edruce Tuanku Mohamad, hari ini.

Kunjungan itu diteruskan usai Wan Junaidi dan rombongan mengunjungi kediaman Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembagunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapa’ee, di sini.

Kunjungan yang bermula sekitar jam 2.42 petang itu diserikan dengan sesi merakam kenangan bersama Annuar seisi keluarga.   

Sejurus itu, Wan Junaidi serta rombongan meneruskan kunjungan ke kediaman bekas Ahli Parlimen Igan, Datuk Abdul Wahab Dollah sekitar Jam 3.18 petang. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan