Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri Puan Sri Datuk Amar Juma'ani Tun Tuanku Bujang menghadiri majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di kediaman Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Datuk Dr Annuar Rapaee di sini, hari ini. Foto Akma Salleh (TVS)

Premier Sarawak kunjungi rumah terbuka Aidilfitri Dr Annuar Rapaee

ByAkma Salleh

SIBU, 13 April: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini berkunjung ke rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediaman Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Datuk Dr Annuar Rapaee di sini.

Ketibaan beliau dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang pada jam 11:26 pagi itu disambut oleh Dr Annuar serta keluarga.

Turut hadir, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Pada sebelah petang, Abang Johari dijadual meneruskan kunjungan ke kediaman bekas Ahli Parlimen Igan, Datuk Abdul Wahab Dollah dan Temenggong Bahagian Sibu, Datuk Wan Hamid Edruce Tuanku Mohamad. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan