Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof beramah mesra bersama pengunjung yang hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Hikmah Exchange di Kuching pada Sabtu. Foto TVS

Peruntukan ahli parlimen pembangkang ditentukan minggu hadapan – TPM Fadillah

KUCHING, 13 April: Jumlah peruntukan yang akan diberikan kepada semua ahli parlimen pembangkang akan diputuskan selepas satu mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang dipergerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 17 April ini.

Perkara itu berikutan kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, perjumpaan bersama ketua pembangkang Dato Sri Hamzah Zainuddin, Setiausaha Agong PAS Dato Sri Takiyuddin Hassan dan Timbalan Presiden Bersatu Datuk Ronald Kiandee baru-baru ini belum memuktamadkan lagi jumlah yang bakal diberikan kepada pihak berkenaan.

Peruntukan ahli parlimen pembangkang ditentukan minggu hadapan.

Sebaliknya wakil ahli pembangkang terbabit menurut Fadillah telah menyerahkan kepada Kerajaan Perpaduan untuk menentukan syarat dan jumlah yang akan diberikan kepada ahli parlimen pembangkang kelak.

” itu (syarat dan jumlah peruntukan) belum dibincangkan lagi dinperingkat Majlis Perpaduan Kerajaan MADANI dan saya tidak tahu apakah syaratnya kelak serta berapakah jumlahnya yang akan diberikan.

“Jadi jangan mengandaikan sesuatu yang belum dibincangkan kerana itu yang akan menjadi satu persepsi nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Hikmah Exchange di sini hari ini.

Beliau turut menafikan dakwaan segelintir ahli parlimen pembangkang bahawa terdapat perjanjian dikemukakan oleh wakil Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada ahli-ahli parlimen pembangkang mengenai perkara tersebut.

Perkara sama turut disahkah Datuk Seri Anwar yang memberitahu beliau tidak menghantar atau mengarahkan mana-mana individu untuk mewakilinya berunding dengan Ahli Parlimen pembangkang mengenai isu pemberian peruntukan terbabit. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan