Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi ketika ditemui pemberita ketika Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di sini, hari ini. Kredit: Alex Teo (TVS)

Entiti bekalan air bersepadu Sarawak dilaksana hujung tahun ini

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 13 Apr: Satu entiti bekalan air bersepadu bakal dilaksanakan pada hujung tahun ini, kta Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Menurutnya nama entiti berkenaan belum dimuktamatkan lagi setakat ini meskipun terdapat beberapa cadangan yang dikemukakan.

Penubuhan entiti air Sarawak bakal dilaksanakan hujung tahun ini.

“Perbincangan telah dilakukan sejak dua tahun lepas dan kita dimaklumkan entiti air ini akan dapat diselesaikan dan dilaksanakan hujung tahun ini.

“Sebaik sahaja kita dapat menguruskan empat agensi ini terutamanya melibatkan sumber manusia dan kakitangan, maka ia dapat diwujudkan sekali gus memastikan urus tadbir dengan lancar dan sistematik.

“Ia selaras dengan saranan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk memastikan kita dapat melakukan sistem pendigitalan terhadap bekalan air di Sarawak seperti yang dilaksanakan oleh Sarawak Energy dalam bekalan elektrik,” katanya ketika ditemui pemberita ketika Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di sini, hari ini.

Katanya lagi entiti air tersebut bakal menguruskan bekalan air di seluruh Sarawak pada masa akan datang.

Empat agensi utama yang bakal digabungkan melibatkan Lembaga Air Kuching, Lembaga Air Sibu, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar dan Lembaga Kawasan Air Utara.

Dalam pada itu, Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri hari ini diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan