Search
Close this search box.
Kegembiraan empat rakan mandi di air terjun Kampung Sebat di sini, bertukar tragedi selepas dua daripada mereka dikhuatiri lemas akibat kepala air petang tadi. Foto Bomba

Tragedi kepala air di Kampung Sebat, 1 lemas, 1 masih hilang

BySafri Ali

SEMATAN, 12 April: Kegembiraan empat rakan mandi di air terjun Kampung Sebat di sini, bertukar tragedi selepas dua daripada mereka dikhuatiri lemas akibat kepala air petang tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa yang ditemukan lemas ialah Vincent Tiong Kung Cheng manakala mangsa yang masih hilang dikenali Steven Chai Pok Yee. Dua rakan mereka yang selamat ialah Bong Lok Kiong dan Augustine Wong Junn Wen.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 4.55 petang dengan menggerakkan 11 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu ke lokasi kejadian.

“Kejadian melibatkan empat orang mangsa kesemua lelaki berusia sekitar 20 tahun.Dua orang mangsa pertama telah berjaya dikeluarkan orang kampung dengan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, seorang lagi mangsa turut berjaya dikeluarkan namun telah disahkan meninggal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi.

Katanya, seorang lagi mangsa masih hilang dan masih belum dijumpai sehingga kini, pihak bomba masih berada di lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan