Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri anjurannya di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK). Foto Faitullah Morni (TVS)

Sarawak masih tunggu Rafizi bincang isu PADU – Abang Johari

BySteward Dawi

KUCHING, 12 April: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli belum lagi mengadakan pertemuan dengan Kerajaan Sarawak bagi berbincang mengenai Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) sehingga kini, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan SriĀ Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, setakat ini Kerajaan Sarawak masih belum menerima kedatangan menteri itu bagi memperhalusi isu PADU di peringkat Sarawak.

ā€œSetakat ini kita (Sarawak) belum lagi bertemu dengan Rafizi Ramli berbincang mengenai PADU,ā€ katanya ketika ditemui pada hari kedua Rumah Terbuka Aidilfitri anjurannya di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Sebelum ini, Abang Johari yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru Sarawak memberitahu Rafizi mahu perbincangan empat mata dengan kepimpinan Kerajaan Sarawak berhubung isu PADU yang telah diperkenalkan di seluruh negara.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63, dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali yang Ā turut ditemui pada Majlis Rumah Terbuka di kediamannya semalam menjelaskan, Premier Sarawak sebelum ini memang pernah berbincang mengenai PADU.

ā€œKita akan lihat macam mana pelaksanaan sistem itu di Sarawak selepas ini. Itu sahaja komen yang dapat saya berikan setakat ini,ā€ jelasnya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kebimbangan Kerajaan Sarawak mengenai isu PADU telahpun ditangani dengan baik. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan