Search
Close this search box.
Antara kubur yang dirosakkan individu tidak bertanggungjawab di Muara Lebaan Bintangor. Foto IPD Meradong

79 kubur di Muara Lebaan rosak diceroboh

BINTANGOR, 12 April: Sebanyak 79 buah kubur di Tanah Perkuburan Muara Lebaan di sini, rosak dipercayai akibat diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ketua Polis Daerah Meradong, DSP Sekam Anoi berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 12.33 tengah hari tadi sebelum bertindak melakukan siasatan ke atas kes berkenaan.

Katanya, pengadu hanya menyedari kejadian itu daripada satu hantaran individu dalam aplikasi media sosial Facebook sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Bintangor.

“Hasil siasatan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Meradong mendapati, terdapat kira –kira 79 buah kubur di tanah perkuburan tersebut dirosakkan dengan cara memecahkan simen serta mengorek lubang sehingga menampakkan keranda kubur.

“Polis difahamkan kali terakhir penduduk kampung melawat kawasan perkuburan itu pada 30 Mac lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, anggaran kerugian akibat kejadian tersebut masih dalam siasatan.

Sehubungan itu katanya, orang ramai dialu-alukan untuk menyalurkan maklumat berkenaan kejadian bagi membantu pihak polis dalam menjalankan siasatan.

Sebarang maklumat dan aduan katanya, boleh diajukan menerusi talian 084-693 222. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan