Search
Close this search box.
Dua tekong warga Thailand ditahan bersama empat pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar menerusi Op Khas Aidilfitri di perairan Sungai Kasap dekat sini Rabu lalu. Foto PPM Wilayah Satu

2 tekong warga Thailand gagal seludup masuk 4 PATI Myanmar

LANGKAWI, 12 April: Tindakan dua tekong warga Thailand cuba menyeludup masuk empat pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ke negara ini digagalkan selepas sebuah bot fiber dinaiki mereka dikesan menceroboh sempadan negara di perairan Sungai Kasap dekat sini Rabu lalu.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu, Asisten Komisioner (ACP) Rusley Chi Ari berkata, pihaknya mendapati bot laju terbabit datang dari arah perairan Thailand dipercayai bagi memasuki kawasan Timur Pulau Langkawi kira-kira pukul 1 pagi.

Katanya, bot itu telah dipecut laju selepas mereka menyedari kehadiran pasukan PPM yang melakukan Op Khas Aidilfitri, namun berjaya dicekup.

“Dua juragan bot berumur 17 dan 29 tahun ditahan bersama tiga lelaki dan seorang perempuan berusia 20 hingga 32 tahun yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

“Kita turut merampas sebuah bot fiber bersama sebuah enjin sangkut jenis Yamaha 140 HP yang dianggarkan berjumlah RM20,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar beliau, kes disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan Akta Imigresen 1959/1963. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan