Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika ditemui pemberita semasa Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK). Foto, Awang Azmil (TVS)

Sarawak laksana projek terbengkalai, Kerajaan Persekutuan bayar semula

BySteward Dawi

KUCHING, 11 April: Keputusan Kerajaan Sarawak mendahulukan pembiayaan untuk melaksanakan projek terbengkalai sektor pendidikan dan kesihatan dilakukan demi manfaat rakyat, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau yang juga Premier Sarawak berkata, ini merupakan kali pertama dalam sejarah apabila kerajaan negeri sanggup membiayai projek kategori itu yang merupakan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

Sarawak dahulukan pembiayaan projek terbengkalai | TVS

Sehubungan itu jelas Abang Johari perlu wujud mekanisme pembayaran semula oleh Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Kewangan kepada Kerajaan Sarawak.

“Bukanlah hendak madah kita (Sarawak) banyak duit, bukan begitu tetapi kita faham kadang- kala berlaku kekurangan dana (di pihak kerajaan pusat).

“(Sarawak mahu) mempercepatkan perkara mustahak termasuk (penyediaan) kuaters untuk petugas kesihatan dan guru yang lebih selesa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada hari kedua Rumah Terbuka Aidilfitri anjurannya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, perkara berkenan juga telah dipersetujui pihaknya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita menumpukan pembangunan yang melibatkan kedua-dua sektor tersebut (pendidikan dan kesihatan) dengan menggunakan dana Kerajaan Negeri,” katanya.

Menyentuh mengenai Sistem Pangkalan Data Utama (PADU), Abang Johari memberitahu setakat ini hasrat Kementerian Ekonomi yang mahu membincangkan perkara itu masih belum terlaksana.

“Kita (Sarawak) masih menunggu. Tetapi sehingga kini belum ada perjumpaan yang berlaku,” tambahnya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan