Search
Close this search box.
Kuala Lumpur (KL) melonjak 16 anak tangga untuk berada di kedudukan ke-73 dalam senarai bandar raya terpintar di dunia daripada kalangan 142 bandar raya. Foto hiasan, Envato.

Kuala Lumpur melonjak 16 anak tangga ke kedudukan ke-73 bandar raya paling pintar di dunia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 11 April: Kuala Lumpur (KL) melonjak 16 anak tangga untuk berada di kedudukan ke-73 dalam senarai bandar raya terpintar di dunia daripada kalangan 142 bandar raya, demikian menurut Indeks Bandar Pintar (SCI) 2024 yang dikeluarkan oleh Institute for Management Development (IMD) baru-baru ini.

Tahun lepas KL berada di kedudukan ke-89.

Laporan itu mengetengahkan beberapa prestasi KL yang membanggakan, termasuk kemudahan pembelian tiket dalam talian dan kebolehcapaian penyenaraian pekerjaan dalam talian yang memudahkan untuk mencari kerja.

Laporan itu turut memuji struktur kesihatan dan keselamatan di ibu kota, seperti “mengatur temu janji perubatan dalam talian yang menambah baik akses”, dan struktur mobiliti seperti “penjadualan dalam talian dan jualan tiket telah menjadikan pengangkutan awam lebih mudah untuk digunakan”.

Bagaimanapun, laporan itu mendapati kesesakan lalu lintas, rasuah, pencemaran udara dan rumah mampu milik adalah antara isu paling membimbangkan di KL.

Presiden Smart City Observatory Bruno Lanvin berkata sesebuah bandar raya perlu merangka dan mengguna pakai strategi untuk bertahan dengan ujian ketidaktentuan pada masa depan.

Beliau juga berkata kepercayaan dan tadbir urus yang baik menjadi semakin penting, dan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam reka bentuk dan pengurusan bandar dijangka meningkat.

“Walaupun ia mungkin kedengaran tidak intuitif, AI boleh membantu menginsankan bandar menjadi lebih mementingkan manusia,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman web IMD.

Zurich mengekalkan kedudukan teratasnya bagi edisi kelima berturut-turut laporan SCI pada 2024, diikuti Oslo, Canberra, Geneva dan Singapura. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan