Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Jamek Negeri Sarawak hari ini. Foto, Muqri Aziz (TVS).

Tun Wan Junaidi, Abang Johari tunai solat sunat Aidilfitri di Masjid Jamek

ByMuqri Aziz

KUCHING, 10 April: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Jamek Negeri Sarawak di sini pagi ini.

Ketibaan Tun Wan Junaidi bersama isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi kira-kira 7.50 pagi tadi disambut oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah serta Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datuk Misnu Taha.

Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Jamek Negeri Sarawak di sini pagi ini.Foto Muqri Aziz (TVS).

Turut menunaikan solat sunat di sini ialah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang bersama kira – kira 1,000 jemaah selain kehadiran Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Solat sunat Aidilfitri dipimpin oleh Imam Besar Sarawak Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi dan disusuli bacaan khutbah khas Aidilfitri bertajuk Merayakan Kejayaan, Meraih Ketaqwaan turut disampaikan.

Usai solat Tun Wan Junaidi serta Abang Johari mengambil kesempatan menyantuni dan beramah mesra dengan para jemaah dan meninggalkan masjid sekitar 9.05 pagi.

Hari ini Tun Wan Junaidi akan mengadakan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Dewan Besar Astana Negeri Sarawak bermula pukul 11 pagi manakala Abang Johari pula mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan