Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama pemimpin PDP yang turut hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjurannya hari ini. Foto Zaim Zharfan (TVS).

Seluruh Sarawak patut bersatu di bawah satu naungan – Abang Johari

ByDouglas Elliot

KUCHING, 10 April: Pembubaran Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang menyaksikan ahlinya menyertai Parti Demokratik Progresif (PDP) merupakan bukti jelas perpaduan, kekuatan serta kepemimpinan oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, menerusi sokongan padu semua pihak terhadap GPS, Sarawak akan lebih terampil.

https://youtu.be/TH3-FydQAf4
PSB sertai PDP, bukti GPS model gabungan perpaduan terbaik | TVS

Kata Abang Johari, PSB telah mengakui dasar yang dilaksanakan oleh GPS.

“Itu yang penting. Seluruh Sarawak patut bersatu di bawah satu naungan,” katanya kepada pemberita di Rumah Terbuka Aidilfitri anjurannya di sini, hari ini.

Abang Johari berkata demikian ketika diminta mengulas pembubaran PSB pada 7 April lepas yang turut menyaksikan bekas presiden parti itu Datuk Seri Wong Soon Koh dilantik sebagai Naib Presiden Kanan PDP.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, perkembangan yang melanda bekas parti pembangkang itu juga menunjukkan kepimpinan GPS terbukti mampu membawa kesejateraan dan kemakmuran kepada Sarawak.

Berhubung dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disandang wakil rakyat PSB, Abang Johari berkata, beliau percaya isu tersebut mampu diselesaikan kalangan pihak terlibat.

“Perkara berkenaan akan dibincangkan kelak. Kita lihat apa yang akan berlaku. Lagipun, ia melibatkan dua kerusi sahaja iaitu (Bawang Assan dan Engkelili) dan terpulang kepada mereka untuk berunding,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan