Search
Close this search box.
Seorang lelaki maut selepas kereta dipandu terbabas dan jatuh ke dalam gaung di Batu 6, Jalan Tunku Abdul Rahman dekat sini pagi tadi. Foto JBPM Sarawak.

Lelaki maut kereta dipandu terbabas ke dalam gaung di Sibu

SIBU, 10 April: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandu terbabas dan jatuh ke dalam gaung di Batu 6, Jalan Tunku Abdul Rahman dekat sini pagi tadi.

Kejadian pada 7.36 pagi itu menyebabkan John Ray Dohem, 31, yang memandu Proton Saga meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu Sarawak, Penguasa Kanan Bomba Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang memaklumkan kejadian itu.

“Setiba di situ, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah mendapati sebuah kereta Proton Saga terbabas ke dalam gaung dan pemandunya yang merupakan seorang lelaki telah dikeluarkan oleh orang awam.

“Mangsa dipercayai mengalami kecederaan di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik dari Hospital Sibu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Jelas beliau, mayat diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Hospital Sibu untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisoner (ACP) Zulkipli Suhaili ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Beliau memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan