Search
Close this search box.
Goh Sze Fei (kiri) dan Nur Izzuddin menyingkirkan juara dunia dari Korea Selatan pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China hari ini.Foto, Bernama.

BAC 2024: Sze Fei – Nur Izzuddin cipta sensasi singkir juara dunia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 10 April: Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mencipta sensasi tersendiri, dengan menyingkirkan juara dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae, pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China hari ini.

Gandingan ranking ke-19 dunia itu, ternyata tampil luar biasa mengejutkan gandingan ranking nombor dua dunia berkenaan 21-13 dan 21-18 dalam tempoh 44 minit.

Zii Jia lepasi pusingan pertama BAC 2024

Menanti mereka di pusingan kedua, gandingan ranking ke-11 dunia negara tuan rumah China He Jiting-Ren Xiangyu.

Dua pasangan beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut mengiringi kemaraan ke pusingan kedua, selepas menewaskan lawan masing-masing.

Wei Chong-Kai Wun menewaskan gandingan tuan rumah Chen Bo Yang-Liu Yi, 21-15 , 21-12 dan akan bertemu wakil Taiwan Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan, sementara Aaron-Wooi Yik yang menewaskan gandingan India Hariharan Amsakarunan-Ruban Kumar Rethinasabapathi, 21-15, 21-14 akan bertemu wakil Jepun Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan