Search
Close this search box.
Mereka yang tinggal di sekitar daerah Matraman, Jakarta Timur dilihat memenuhi jalanan seawal jam 6 pagi tadi untuk menunaikan solat Aidilfitri. Foto David Andreas (TVS).

Aidilfitri meriah di Indonesia namun derita Palestin tidak dilupakan

ByTVS

JAKARTA, 10 April: Umat Islam Indonesia menyambut Hari Raya Aidilfitri penuh meriah namun tidak melupakan umat Islam di Palestin yang menjadi mangsa perang.

Sejak 6 pagi, puluhan ribu penduduk di sekitar Matraman, Jakarta Timur memenuhi jalanan untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid berhampiran.

Penduduk Jakarta, Irsyad Fadila berkata, pada saat umat Islam di beberapa negara menyambut lebaran dengan kegembiraan, dia terkesan apabila membaca berita mengenai penderitaan penduduk Gaza yang kini menjadi pelarian.

“Saya sedih kerana setiap hari masih mendengar pencerobohan oleh Israel walaupun ketika Ramadan, saya hanya mampu berdoa untuk mereka di sana,” katanya kepada TVS.

Sementara itu Bernama melaporkan Pesiden Joko Widodo dan wanita pertama Iriana dalam perutusan yang disiarkan melalui media sosial rasmi berpesan mengenai sikap saling bermaafan dan mengeratkan tali persaudaraan.

”Semoga di hari yang mulia ini kita dapat saling bermaafan dan bersilaturahim untuk membina kembali persaudaraan, menjadi bangsa yang rukun dan damai serta bersatu membangun Indonesia,” katanya.

Sambutan di Kedutaan Malaysia juga meriah apabila lebih 300 warga Malaysia yang bekerja dan tinggal di sini, termasuk pelajar, pegawai dan kakitangan kedutaan serta Perwakilan Tetap Malaysia ke ASEAN berkumpul.

Duta Besar Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin menyertai sembahyang sunat Aidilfitri yang diimamkan Setiausaha Pertama (Hal Ehwal Agama) Mohd Shamsuri Ghazali. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan