Search
Close this search box.
Orang ramai hadir untuk menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Negeri Sabah, Kota Kinabalu, hari ini. Foto Bernama.

Aidilfitri disambut meriah secara bersama oleh penduduk Sabah

ByBernama

KOTA KINABALU, 10 April: Kemeriahan sambutan Aidilfitri di Sabah tahun ini seperti sebelumnya disambut bersama penduduk berbilang latar belakang dengan ramai pihak tidak kira individu, syarikat swasta atau kerajaan akan menganjurkan tradisi amalan rumah terbuka.

Pada hari pertama hari ini kebanyakan umat Islam di Sabah memilih untuk menyambut Aidilfitri dengan meriah bersama keluarga dan sanak saudara, selain mengadakan aktiviti kunjung mengunjung keluarga mereka.

Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin bersama isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni dan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama lebih 5,000 umat Islam di Masjid Negeri di sini.

Namun seperti tahun-tahun sebelumnya antara rumah terbuka yang sering dinantikan masyarakat berbilang kaum di negeri itu adalah Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah yang bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Ahad ini, bermula 10 pagi hingga 2 petang.

Seperti biasa pelbagai jenis makanan dihidangkan kepada lebih 20,000 tetamu yang dijangka hadir dan mereka juga akan dihiburkan oleh persembahan artis jemputan.

Sabah juga bakal mengadakan Rumah Terbuka Kerajaan MADANI dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Malaysia pada 20 April ini.

“Rumah terbuka Aidilfitri kerajaan Sabah adalah rumah terbuka yang saya tunggu-tunggu…setiap tahun saya bersama isteri dan tiga orang anak mesti datang ke rumah terbuka berkenaan.

“Saya tahu keadaan lalu lintas pada masa itu sibuk dan kami sekeluarga akan datang awal untuk mendapat pakir yang dekat,” kata penjawat awam Raymond Gilab, 45.

Beliau berkata kehadiran ribuan tetamu akan memeriahkan lagi majlis berkenaan.

“Apa yang seronoknya kita dapat makan sepuas hati dan dalam kalangan ribuan tetamu yang hadir mesti ada kita kenal dan kita berkesempatan bertanya khabar,” katanya.

Kakitangan di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Norbert Jadi, 55, berkata setiap tahun dia bersama rakan-rakannya akan ditugaskan untuk memastikan kelengkapan peralatan semasa majlis rumah terbuka berkenaan.

“Sambil bekerja kita dapat sama-sama merasa kemeriahan sambutan berkenaan dan saya berharap orang ramai yang hadir dapat menjaga kebersihan…buang sampah di tempat disediakan,” katanya. -TVS.

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan