Search
Close this search box.
Menteri Agama Indonesia Yaqut Cholil Qoumas pada sidang media pengumuman Hari Raya Aidilfitri di negara itu esok. Foto David Andreas (TVS).

Umat ​​Islam Indonesia, Singapura, Thailand sambut Hari Raya Aidilfitri esok

ByTVS

JAKARTA, 9 April: Kerajaan Indonesia mengumumkan 10 April (esok) sebagai tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri di negara ini.

Menteri Agama Indonesia, Yaqut Cholil Qoumas berkata, hari ini kedudukan anak bulan kelihatan dan memenuhi syarat ditetapkan oleh Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS) iaitu kedudukannya pada empat hingga tujuh darjah.

“Pengumuman ini berdasarkan keputusan proses cerapan anak bulan Syawal di seluruh wilayah Indonesia serta pengiraan matematik dan astronomi mengikut peraturan MABIMS,” katanya menerusi sidang media hari ini.

Sementara itu Singapura turut mengumumkan 1 Syawal di republik berkenaan disambut esok.

Muftinya, Dr Nazirudin Mohd Nasir mengesahkan perkara itu menerusi video yang dimuat naik di laman sosial Majlis Ugama Islam (MUIS) hari ini.

Di Bangkok, Thailand Bernama melaporkan Sheikhul Islam Thailand ke-19, Arun Boonchom mengumumkan menerusi siaran langsung Facebook bahawa umat Islam di Thailand akan menyambut Aidilfitri esok selepas anak bulan kelihatan setelah matahari terbenam hari ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan