Search
Close this search box.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin – Awang Tengah

ByKimberly Dickson

KUCHING, 9 April: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan hari ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh masyarakat Islam yang meraikannya, eosk.

Menerusi satu kenyataan hari ini, beliau menzahirkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana denga izin-Nya, Aidilfitri yang mulia disambut dalam suasana harmoni dan sejahtera selepas sebulan menjalani ibadah puasa.

“Aidilfitri adalah hari kita menyambut kemenangan dan sebagai ganjaran kepada mereka yang sabar dan taat beribadah sepanjang berada di madrasah Ramadan.

“Di bulan syawal yang mulia, tradisi kunjung-mengunjungi dan bermaaf-maafan haruslah dikekalkan untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita,” katanya menerusi kenyataan dari Pejabat Timbalan Premier Sarawak, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menyeru agar rakyat di negeri ini terus mengekalkan kestabilan yang ada dan tidak terpengaruh dengan budaya dan pemikiran melampau dari luar.

Beliau turut mengingatkan serta mendoakan mereka yang agar perjalanan ke destinasi untuk bertemu keluarga tersayang akan selamat  ke kampung masing-masing untuk beraya bersama keluarga tercinta. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan