Search
Close this search box.
Jonathan Crickx (kanan) ketika ditemu bual oleh pengacara TVS secara dalam talian untuk program Dialog TVS baru - baru ini.

Rakyat Palestin dibom ketika berbuka puasa, dedah wakil UNICEF

ByAdlina Rahman

KUCHING, 9 April: Tiada kegembiraan ketika berbuka puasa yang dirasai oleh rakyat Palestin di Gaza.

Ini kerana tentera Israel tanpa mengira masa akan melancarkan serangan udara hampir setiap hari sepanjang Ramadan.

Demikian perkongsian oleh Ketua Pegawai Komunikasi Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Palestin, Jonathan Crickx.

“Saya dimaklumkan mengenai perkara ini oleh rakan seperjuangnya yang masih berada di Gaza.

“Berbeza dengan Ramadan sebelum ini, rakyat Gaza hidup dalam keadaan kebuluran dan hanya mampu menjamah makanan sekali sehari,” katanya.

Crickx berkongsi perkembangan di Gaza ketika muncul secara dalam talian menjadi tetamu Dialog TVS yang disiarkan menerusi saluran 122.

Sementara itu, Crickx turut berkongsi hasil tinjauan pihaknya yang mendapati hampir 70 peratus isi rumah di Gaza sebelum Ramadan hanya mempunyai akses satu hidangan setiap hari.

“Ketika masuk waktu berbuka puasa, sudah tentu mereka berkumpul bersama keluarga namun tiada kegembiraan.

“Ramai rakan sekerja memberitahu kami kerap berlaku pengeboman berlaku ketika waktu berbuka puasa,” katanya.

Dalam pada itu Jonathan turut berkata lebih menyedihkan konflik Israel-Hamas yang masih berterusan sehingga kini memaksa rakyat di Gaza menjalani ibadah puasa tanpa keluarga lengkap.

“Ramai telah dipindahkan sejak enam bulan yang lalu,” katanya.

Sejak 7 Oktober tahun lalu, sebilangan besar penduduk Gaza telah kehilangan tempat tinggal akibat perang dan kebanyakan infrastruktur penjagaan kesihatan di wilayah yang dikepung itu telah musnah.

Setakat ini, kira-kira lebih 33,100 rakyat Palestin maut manakala lebih 75,800 cedera. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan