Search
Close this search box.
Proses mencerap akan mengambil masa lebih kurang 31 minit bagi menentukan penampakan anak bulan Syawal. Foto Mohammad Rafiq (TVS).

Proses mencerap anak bulan Syawal ambil masa 31 minit

ByMuqri Aziz

KUCHING, 9 April: Proses mencerap akan mengambil masa lebih kurang 31 minit bagi menentukan penampakan anak bulan Syawal.

Ketua Unit Cerapan dan Rukyah Bahagian Falak, Jabatan Mufti Sarawak, Mohd Fauzi Hairani berkata, proses itu dilakukan sewaktu matahari terbenam atau merujuk kepada masuknya waktu Maghrib.

“Setelah proses mencerap anak bulan, keputusan sama ada nampak atau tidak akan kita maklumkan kepada pihak Astana Negeri Sarawak dan pihaknya akan mengangkat maklumat kita untuk dipersembahkan kepada Pejabat Penyimpan Mohon Besar Majlis Raja-Raja Melayu.

“Walaubagaimanapun, bilakah tarikh satu Syawal hanya akan diumumkan oleh Pejabat Penyimpan Mohon Besar Majlis Raja-Raja Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Damai Beach Resort di sini hari ini yang menjadi lokasi mencerap anak bulan Syawal.

Damai Beach Resorts atau Teluk Bandung, Kuching merupakan antara tiga lokasi di Sarawak yang digazet bagi mencerap anak bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah.

Dua lagi lokasi ialah di Pusat Falak, Miri dan Tanjung Batu, Bintulu.

Sementara itu Mohd. Fauzi memaklumkan, proses cerapan anak bulan bukan sahaja dikendalikan Jabatan Mufti Sarawak malah juga penyertaan daripada Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Katanya lagi, proses mencerap anak bulan Syawal telah dimulakan dua minggu lalu bagi persediaan data berserta peralatan yang diperlukan bagi mencerap anak bulan Syawal.

“Malam tadi, kita bersama-sama telah melaksanakan cerapan langit untuk kita pastikan bahawa peralatan seperti teleskop yang akan digunakan pada petang ini dapat berfungsi dengan baik.

“Pada masa sama, kita juga mahu data yang diperolehi adalah tepat dan selari dengan apa yang ada di langit,” katanya lagi.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad dijadual akan mengumumkan tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri sama ada esok (10 April) atau lusa (11 April) pada jam 8 malam ini menerusi siaran langsung radio dan televisyen tempatan.

Pengumuman itu dilakukan setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan