Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintenden Polis (DSP) Jaimi Husin menunjukkan bahan kes semasa sesi sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Samarahan di Kota Samarahan pada Selasa. Foto TVS

Polis giat kesan suspek kes curi di Jalan Stakan

KUCHING, 9 April: Polis kini giat mengesan suspek yang terlibat dengan insiden kes curi di kawasan perumahan Stakan Perdana yang tular baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintenden Polis (DSP) Jaimi Husin berkata kejadian tersebut dipercayai berlaku di Lorong Stakan Perdana 2E3 menyaksikan sekumpulan lelaki yang memakai penutup wajah berkeliaran di kawasan berkenaan disyaki ingin mencuri.

Katanya, polis dimaklumkan kumpulan lekaki terbabit sudah dua kali muncul di lokasi tersebut.

“Kita telah memeriksa maklumat tersebut dan kumpulan ini tidak ada kaitan terhadap yang tular di media sosial baru baru ini kerana kumpulan yang pecah rumah.

“Kita telah mengarahkan pegawai dan anggota untuk menyelesaikan operasi dan kita pun telah dapat maklumat daripada orang awam dan kita pun berusaha untuk mengesan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Samarahan di Kota Samarahan pada Selasa.

Menurutnya, anggota dan Pegawai dari IPB Kota Samarahan sudah diarahkan untuk melakukan siasatan dan risikkan bagi mengesan ke semua suapek terlibat.

Beliau dalam pada itu turut menasihati orang awam untuk terus menghubungi pihak polis sekiranya mendapati terdapat individu mencurigakan berkeliaran di kawasan perumahan terbabit. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan