Search
Close this search box.
Dua lelaki ditahan polis selepas mercun yang dibakar mereka di atas jalan raya mencetuskan letupan berdekatan bazar Aidilfitri di Dataran Zero, Jalan Badlishah di sini.

Peniaga ditahan bakar mercun dan bunga api di tempat awam

SUNGAI PETANI, 9 April: Dua lelaki ditahan polis selepas mercun yang dibakar mereka di atas jalan raya mencetuskan letupan berdekatan bazar Aidilfitri di Dataran Zero, Jalan Badlishah di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner (ACP) Zaidy Che Hassan berkata, penahanan peniaga berusia 27 tahun yang merupakan pemilik mercun dan lelaki 24 tahun yang membakar mercun dibuat pihaknya selepas insiden itu tular di media sosial.

Ujar beliau, polis menerima laporan berhubung kejadian berkenaan kira-kira pukul 12 tengah hari tadi bersama satu video berdurasi 43 saat sebelum bertindak memberkas suspek.

“Berdasarkan siasatan awal, letupan berpunca daripada pembakaran satu unit mercun jenis ‘happy bom firework’, namun mercun itu terbalik semasa letupan dan tersasar ke arah lambakan mercun lain.

“Ia menyebabkan susasana cemas apabila berlaku letupan serta dentuman mercun dan bunga dalam kuantiti yang banyak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Zaidy, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani turut dikejarkan ke lokasi kejadian, namun tiada kebakaran berlaku.

“Kejadian itu juga tidak menyebabkan sebarang kecederaan orang awam yang berada di sekitar lokasi tersebut,” katanya.

Beliau memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 7(a) Akta Bahan Letupan 1957.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan