Search
Close this search box.
Seorang pemandu pelancong maut selepas ditimpa batu di kawasan perkampungan riadah dan budaya Qing Xin Ling, Taman Saikat di sini semalam. Foto Faitullah Morni (TVS)

Pemandu pelancong maut, bongkah batu jatuh di kepala

IPOH, 9 April: Seorang pemandu pelancong maut selepas ditimpa batu di kawasan perkampungan riadah dan budaya Qing Xin Ling, Taman Saikat di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner (ACP) Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu berlaku semasa mangsa berusia 44 tahun membawa sekumpulan pelancong dari Vietnam.

Katanya, siasatan mendapati kejadian berlaku apabila satu bongkah batu telah terjatuh secara tiba-tiba dan terkena kepala mangsa.

“Lelaki itu mengalami kecederaan parah pada kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Hasil pemeriksaan pakar forensik di Hospital Raja Permaisuri Bainun mendapati punca kematian adalah akibat kecederaan kepala kerana ditimpa batu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar beliau, siasatan lanjut ke atas badan mangsa turut mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, Abang Zainal Abidin berkata, pihaknya mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden itu untuk menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) di talian 05-254 2222 bagi membantu siasatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan