Search
Close this search box.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memulakan pendengaran pada Isnin mengenai kes dibawa Nicaragua yang mendakwa Berlin memudah cara genosid di Gaza dengan menyediakan sokongan politik dan ketenteraan kepada Israel. Foto AFP

Mahkamah Dunia mulakan pendengaran dakwaan Nicaragua Jerman bantu Israel lakukan genosid

ByBernama

BERLIN, 8 April:  Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memulakan pendengaran pada Isnin mengenai kes dibawa Nicaragua yang mendakwa Berlin memudah cara genosid di Gaza dengan menyediakan sokongan politik dan ketenteraan kepada Israel.

Dalam ucapan pembukaannya, Duta Nicaragua Carlos Jose Arguello Gomez berkata negaranya meminta supaya mahkamah mengarahkan Jerman supaya menghentikan sokongan kepada serangan Israel di Gaza.

“Kes di hadapan kita melibatkan peristiwa yang menjejaskan kehidupan dan kesejahteraan ratusan ribu manusia dan malah kemusnahan keseluruhan warga wilayah berkenaan,” lapor Agensi Anadolu yang memetik ucapan beliau.

“Pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan norma mesti dipatuhi dalam undang-undang antarabangsa termasuk genosid sedang berlaku di Palestin,” katanya.

Duta itu menekankan bahawa dengan menyediakan sokongan politik dan ketenteraan kepada Israel, Jerman melanggar Konvensyen Genosid 1948 dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

“Nicaragua meminta mahkamah mengarahkan Jerman untuk menghentikan sokongan kepada Israel dalam kempennya menghapuskan rakyat Palestin,” katanya.

Kerajaan Jerman kekal sebagai satu penyokong kuat serangan tentera Israel di Gaza, biarpun menerima tekanan yang semakin meningkat daripada orang ramai. Canselor Olaf Scholz berulang kali berkata Jerman memikul tanggungjawab khas kepada Israel kerana sejarah Nazi Jerman.

Berlin meluluskan eksport senjata bernilai €326.5 juta (US$354 juta) ke Israel pada 2023, majoritinya diluluskan setelah Israel melancarkan serangan tentera ke atas Gaza pada 7 Okt lepas — peningkatan 10 kali ganda daripada 2022. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan