Search
Close this search box.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau menahan lima lelaki yang menjalankan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran di perairan Tanjung Batu, Tawau awal pagi tadi. Foto, APMM Tawau.

Lelaki Myanmar, Indonesia ditahan cuba seludup diesel di Tawau

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 9 April: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau menahan lima lelaki disyaki menjalankan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran di perairan Tanjung Batu, Tawau awal pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, anggotanya yang menjalankan Op Khas Pagar Laut, Op Pluto Timur dan Op Tiris sebelum itu menerima maklumat mengenai kegiatan mencurigakan itu kira-kira 2.10 pagi.

Jelas beliau, pemeriksaan di lokasi mendapati sebuah lori tangki berada di jeti terbabit sedang menjalankan aktiviti pemindahan minyak ke sebuah bot tunda.

“Kesemua suspek berjaya ditahan termasuk seorang ketua kapal warga Myanmar bersama empat awak-awak yang masing-masing merupakan dua warga Indonesia, seorang warga Myanmar dan seorang rakyat tempatan.

“Pemandu lori warga tempatan turut ditahan,” katanya menerusi kenyataan media di Tawau hari ini.

Beliau memberitahu kesemua diesel serta kenderaan yang dirampas dianggarkan bernilai RM250,000.

Tambah Shahrizan, kesemua mereka gagal mengemukakan dokumen kebenaran aktiviti pemindahan minyak yang dilakukan.

“Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967, Akta Kawalan Bekalan 1961, Peraturan 21 Peraturan-dan Akta Kemajuan Petroleum 1974,” tambahnya. -TVS.

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan