Search
Close this search box.
Peniaga, Samsudin Ishak, 42, menyusun lemang rahmah untuk dibakar sebelum dijual di gerainya di Limbongan, hari ini. Foto Bernama.

Kongsi rezeki, peniaga tawar lemang rahmah RM7 sebatang

ByBernama

MELAKA, 9 April: Niat berkongsi rezeki terutama kepada golongan kurang berkemampuan, seorang peniaga lemang di Limbongan di sini menjual juadah popular ketika Aidilfitri itu pada harga RM7 sebatang.

Samsudin Ishak, 42, yang berniaga sejak 20 tahun lepas berkata inisiatif Lemang Rahmah pertama kali dilakukannya itu menyasarkan jualan 500 batang lemang selama tiga hari bermula semalam.

“Lemang Rahmah yang dijual ini anggaran 18 inci panjang dan berdiameter sekitar 1.5 inci, berpatutan dengan harga ditawarkan berbanding lemang biasa sehingga ada yang mencecah lebih RM20 sebatang,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Menurutnya meskipun tidak meraih keuntungan yang besar, namun dia berpuas hati dapat membantu meringankan beban kewangan pembeli.

Samsudin yang bekerja sebagai pemandu lori berkata dia akan berniaga lemang bermula pertengahan Ramadan hingga akhir Syawal dengan kira-kira 8,000 batang lemang dijual setiap tahun.

Katanya dia juga menerima tempahan lemang di luar musim perayaan sekiranya terdapat permintaan.

“Lemang yang saya jual akan dibuka di depan pembeli bagi memeriksa kualitinya seperti tidak keras atau tidak masak…kalau terjadi perkara itu, kita akan tukar dengan yang lain,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan