Search
Close this search box.
Sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri yang dijangka esok, balai ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) sesak dengan kepulangan perantau Sarawak yang pulang untuk menyambut hari kemenangan itu. Foto, Awang Azmil (TVS).

KIA meriah terima kepulangan perantau Sarawak sambut Syawal

ByAhmad Azlan Shah

KUCHING, 9 April: Sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri yang dijangka esok, balai ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) sesak dengan kepulangan perantau Sarawak untuk menyambut 1 Syawal.

Bertambah menarik, tinjauan TVS mendapati bukan sahaja mereka yang beragama Islam ‘balik kampung’ malah rakyat Sarawak berbilang kaum turut pulang ke Bumi Kenyalang sempena cuti umum itu.

Warga Sarawak yang tinggal di Bangi, Selangor, Bibi Farizona Mahdi berkata, keadaan agak ‘bergelora’ di udara ketika berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 tadi.

Namun jelasnya keadaan kembali normal sehingga selamat mendarat di KIA.

“Penerbangan tadi tidak penuh, mungkin kerana ramai yang sudah pulang awal.

“Kekosongan itu telah menjadikan perjalanan pulang saya lebih selesa,” katanya kepada TVS.

Seorang lagi anak Sarawak, Rosni Abdillah yang menetap di Kuala Lumpur selama lebih 35 tahun berkata, kepulangan ke kampung halaman pada tahun ini diselubungi perasaan bercampur baur.

“Saya gembira pulang ke Sarawak berjumpa adik-beradik dan akan menziarahi kubur arwah ibu yang meninggal dunia pada hari ketujuh Ramadan baru – baru ini.

“Namun begitu, semua ahli keluarga berada di sini untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Syukur Alhamdulillah,” katanya.

Sementara itu, Malaysia Airports Holding Berhad Kuching memaklumkan penerbangan terakhir yang akan mendarat di KIA hari ini dijangka tiba pada pukul 3 pagi (10 April) dari Johor Bahru.

Sebanyak 64 penerbangan tiba di Kuching dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Singapura. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan