Search
Close this search box.

Kekalkan perpaduan utuh pada Aidilfitri – TPM Fadillah

ByConnie Grace

KUCHING, 9 April: Datuk Seri Fadillah Yusof menyeru seluruh rakyat agar mengekalkan perpaduan yang utuh sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri esok.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, masyarakat juga perlu mempertahankan hubungan silaturahim selepas berakhirnya Ramadan.

Kata beliau, Ramadan merupakan bulan yang sarat dengan perkara yang mendidik jiwa.

“(Manakala) meraikan Hari Raya Aidilfitri esok pula merupakan hari kemenangan bagi umat Islam,” katanya menerusi hantaran di Instagram malam ini.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) turut berdoa agar segala amal ibadah sepanjang Ramadan diterima oleh Allah SWT.

Sementara itu beliau turut mengajak masyarakat supaya terus istiqamah serta bersederhana ketika menyambut Syawal.

“Raikanlah Aidilfitri dengan penuh rasa kesyukuran,” katanya.

Pada masa sama, Fadillah turut berharap agar amalan kunjun mengunjung pada musim perayaan dapat diteruskan.

“Yang jauh berkirim salam, yang dekat berkunjung-kunjungan.

“Semoga ukhuwah, silaturrahim dan ikatan perpaduan sesama kita akan bertambah utuh,” akhiri Fadillah pada catatan berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan