Search
Close this search box.
Dianggarkan kira-kira 1.7 juta penduduk Gaza yang terpaksa berpindah ke Rafah hidup dalam sangat daif, hilang tempat tinggal serta terpisah dengan keluarga mereka sejak konflik tercetusnya pada 7 Oktober 2023. Foto fail AFP.

Kanak-kanak Gaza berdepan krisis nutrisi makanan

ByAdlina Rahman

KUCHING, 8 April: Dianggarkan kira-kira 1.7 juta penduduk Gaza yang terpaksa berpindah ke Rafah hidup dalam sangat daif, hilang tempat tinggal serta terpisah dengan keluarga mereka sejak konflik tercetus pada 7 Oktober 2023.

Ketua Pegawai Komunikasi Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Palestin, Jonathan Crickx berkata, berdasarkan tinjauan pihaknya mendapati kira-kira 60 hingga 70 peratus keluarga hanya memiliki akses bekalan makanan sekali sehari.

Rakyat Palestin dibom ketika berbuka puasa, dedah wakil UNICEF

Katanya ini memberi impak yang besar kepada penduduk Gaza, menimbulkan isu malnutrisi teruk terutama sekali dalam kalangan kanak-kanak.

“Melihat kepada krisis ini, UNICEF dengan agensi lain memberi fokus kepada pengedaran bekalan bantuan untuk menyelamatkan nyawa seperti makanan, air, bekalan perubatan dan juga pakaian untuk musim sejuk.

“UNICEF telah mengedarkan biskut tenaga, barangan nutrisi kepada 40,000 kanak-kanak selain membekalkan bekalan perubatan kepada hospital yang telah menampung 600,000 orang .

“(Sehubungan itu) sangat penting seluruh dunia mengambil tindakan bagi membantu semua kanak-kanak di sana dan saya tahu bahawa UNICEF Malaysia sedang melakukan banyak usaha apabila ia datang untuk mengumpul dana,” katanya.

Crickx berkongsi perkembangan di Gaza ketika muncul secara dalam talian menjadi tetamu Dialog TVS yang disiarkan menerusi saluran 122.

Ditanya mengenai isu kesukaran untuk menghantar bantuan ke Gaza, Crickx menghuraikan empat masalah utama yang dihadapi oleh UNICEF.

“Ini membabitkan aspek keselamatan, kekangan akses laluan ke Gaza, ketiadaan rangkaian komunikasi serta kekurangan trak untuk menhantar bantuan.

“Jadi ini adalah cabaran yang kami semua hadapi dan kami, UNICEF dan agensi UN memanggil semua pihak untuk memastikan bantuan kemanusiaan itu dapat diedarkan kepada semua,” katanya.

Sejak serangan Israel pada Oktober, lebih 33,100 rakyat Palestin maut dan lebih 75,800 cedera selain kemusnahan kediaman dan infrastruktur pada skala besar dan kekurangan barangan keperluan.

Israel juga mengenakan sekatan di Semenanjung gaza mengakibatkan penduduknya terutama di bahagian utara mengalami kelaparan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan