Search
Close this search box.
Keadaan aliran trafik lebuh raya Kuala Lumpur-Karak arah ke Pantai Timur setakat petang tadi kelihatan lancar berikutan orang ramai mula pulang ke kampung halaman sempena sambutan Aidilfitri yang bakal disambut pada 10 April ini ketika tinjauan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak hari ini. Foto Bernama

Aliran trafik di lebuh raya utama lancar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 9 April: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar dan terkawal setakat 8 pagi tadi.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik lancar di Plaza Tol Jalan Duta (arah utara), Plaza Tol Sungai Besi (menuju selatan) dan Plaza Tol Gombak (arah Pantai Timur).

“Bagaimanapun kita menjangkakan pertambahan jumlah kenderaan hari ini ekoran pengguna pulang ke kampung di saat akhir,” katanya kepada Bernama.

Menurutnya aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) juga dilaporkan lancar.

Dalam pada itu akaun rasmi Twitter PLUS Trafik memaklumkan pengaktifan Smartlane di beberapa lokasi bagi melancarkan aliran trafik.

Pengaktifan itu antaranya melibatkan Kilometer (KM) 4.5 hingga KM1.9 arah selatan antara Setia Tropika ke Pasir Gudang, KM0.4 hingga KM6 arah Utara antara Pandan ke Kempas dan di kedua-dua arah melibatkan KM19 hingga KM27 antara Senai dan Kulai. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan