Search
Close this search box.
Lebih 90 orang maut selepas sebuah bot penuh sesak terbalik di luar pantai utara Mozambique pada Ahad, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa). Foto hiasan, Envato.

Lebih 90 maut bot karam di Mozambique

ByBernama

NAIROBI, 8 April: Lebih 90 orang maut selepas sebuah bot penuh sesak terbalik di luar pantai utara Mozambique pada Ahad, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Media tempatan melaporkan kira-kira 130 penumpang yang melarikan diri daripada wabak taun dalam pelayaran dari Lunga ke Pulau Mozambique, di luar pantai Nampula.

Seorang jurucakap pentadbiran pulau berkata bot nelayan itu hanya boleh memuatkan maksimum 100 penumpang.

Agensi Berita AIM yang memetik jurucakap pihak berkuasa maritim, melaporkan kapal itu dipercayai karam selepas dipukul ombak besar.

Mozambique ketika ini terjejas oleh wabak taun terbesar sejak 25 tahun lalu, menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

Lebih 37,000 kes taun telah dilaporkan sejak wabak itu bermula pada Sept 2022. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan