Search
Close this search box.
Dr Abdul Rahman menyerahkan bantuan Hari Raya kepada penerima. Foto TVS

Brunei setuju lanjut operasi di Pos Kawalan Sempadan Imigresen sempena Aidilfitri

LIMBANG, 8 April: Negara Brunei bersetuju melanjutkan tempoh masa operasi di Pos Kawalan Sempadan Imigresen bagi Kompleks Kawalan dan Pemeriksaan Ujong Jalan, Pos Kawalan Imigresen Sementara Labu, Pos Kawalan Imigresen Sementara Kuala Lurah dan Pos Kawalan Imigresen Sungai Tujoh dari jam 10 malam sehingga 12 malam bermula hari ini hingga 15 April ini.

Brunei setuju lanjut masa operasi di pos kawalan sempadan.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi, dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, lanjutan masa operasi di Pos Kawalan Sempadan Imigresen itu akan memudahkan pergerakan penduduk di kedua negara yang menggunakan laluan darat untuk pulang bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri.

“Kita berterima kasih kepada kerajaan Brunei kerana membenarkan penambahan waktu operasi ini. Ini memudahkan pergerakan terutama mereka yang datang dari Kota Kinabalu, Lawas dan juga dari Bahagian Miri untuk pulang ke Limbang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Kepada Asnaf dan Majlis Berbuka Puasa Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N.79 Bukit Kota, semalam.

Sementara itu, Residen Bahagian Limbang, Yunus Tambi turut berterima kasih kepada kerajaan Brunei kerana melanjutkan masa operasi di Pos Kawalan Sempadan Imigresen negara itu selama seminggu sempena Aidilfitri.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada Jabatan Imigresen, Kementerian Hal Ehwal Luar Malaysia dan kerajaan Brunei kerana bersetuju melanjutkan tempoh operasi di pintu sempadan antara Sarawak dan Brunei,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan