Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi akan menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri pada 1 Syawal.

Astana Sarawak adakan Rumah Terbuka Aidilfitri pada 1 Syawal

ByMuqri Aziz

KUCHING, 8 April: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar akan mengadakan majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di Astana Negeri Sarawak.

TYT Sarawak adakan rumah terbuka Aidilfitri di Astana Negeri.

Menurut Pejabat Astana Negeri Sarawak, rumah terbuka pada raya pertama itu akan berlangsung di dewan besar bermula 9 pagi hingga 4.30 petang.

“Rumah terbuka itu dijangka akan turut menerima kunjungan Menteri Kabinet Kerajaan Persekutuan, Menteri Kabinet Kerajaan Sarawak, barisan Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak, orang kenamaan, ketua-ketua jabatan kerajaan serta wakil sektor swasta,” jelas kenyataan itu.

Orang ramai yang mengunjungi rumah terbuka itu juga diingatkan supaya berpakaian kemas dan sopan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan