Search
Close this search box.
Seramai 12 orang dilaporkan maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan di Lebuhraya Jakarta-Cikampek, Jawa Barat, Indonesia, pagi tadi. Foto TVS.

12 maut kemalangan di lebuh raya menjelang Aidilfitri

ByTVS

JAKARTA, 8 April: Seramai 12 orang dilaporkan maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan di Lebuhraya Jakarta-Cikampek, Jawa Barat, Indonesia.

Kemalangan pada 7.04 pagi tadi membabitkan dua buah kereta dan sebuah bas yang bertembung di laluan kontrak yang diaktifkan di lebuhraya itu bagi melancarkan aliran trafik sempena cuti Hari Raya Aidifitri.

Ketua Jabatan Polis Trafik Indonesia, Aan Suhaan berkata, kemalangan itu menyebabkan dua kereta terbakar.

“Sebuah kereta yang berada di laluan kontra bertembung dengan sebuah bas dan sebuah kereta dari laluan sama yang menyebabkan kedua-dua kereta itu terbakar,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Kesemua mangsa ditemui mati dengan kesan melecur manakala mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital berhampiran.

Siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kemalangan dilakukan oleh Jabatan Forensik Polis Wilayah Jawa Barat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan