Search
Close this search box.
Pasangan suami isteri maut, manakala dua anak mereka cedera dalam nahas jalam raya membabitkan kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Kilometer 51.3 Jalan Raya Timur-Barat, Gerik-Jeli dekat sini hari ini. Foto JBPM.

Suami isteri terkorban, dua anak cedera dalam nahas jalan raya

GERIK, 7 April: Pasangan suami isteri terbunuh dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Kilometer 51.3 Jalan Raya Timur-Barat, Gerik-Jeli dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 12.20 tengah hari itu, mangsa lelaki berusia 42 tahun dan isterinya berumur 38 tahun meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, kemalangan itu membaitkan kereta jenis Proton Persona dinaiki mangsa bersama dua anak dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Innova.

Katanya, kemalangan berlaku semasa Proton Persona dari arah Gerik menuju Jeli, manakala Toyota Innova dipandu lelaki berusia 54 tahun dengan lima penumpang sekeluarga dari arah bertentangan.

“Proton Persona dikatakan hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan dan melanggar MPV semasa tiba di tempat kejadian.

“Pemandu lelaki dan penumpang hadapan kereta mengalami kecederaan parah dan disahkan maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kesemua mangsa yang cedera kemudiannya dikejarkan ke Hospital Gerik untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik, Sub Inspektor Zulkifli Buang di talian 019-598 1659.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan