Search
Close this search box.
Syarikat pengeluar kasut Vern’s hari ini memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia berhubung logo yang didakwa seakan-akan mirip kalimah Allah pada tapak kasut keluarannya.

Isu logo kasut: Vern’s mohon maaf, hentikan jualan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 7 April: Syarikat pengeluar kasut Vern’s hari ini memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia berhubung logo yang didakwa seakan-akan mirip kalimah Allah pada tapak kasut keluarannya.

Syarikat itu juga memaklumkan bahawa mereka sama sekali tidak berniat untuk menghasilkan reka bentuk logo yang memperlekeh atau menghina mana-mana agama, kepercayaan dan mengharapkan belas ihsan untuk memperbaiki kesilapan yang telah berlaku.

Logo seakan kalimah Allah di tapak kasut, polis terima lapan laporan – KPN

“Pihak kami telah mengambil langkah segera berhenti jual dan bersedia untuk memulangkan kembali wang kepada pelanggan yang telah membeli barangan tersebut,” menurut kenyataan syarikat itu di Facebook hari ini.

“Ini adalah pengajaran yang sangat bernilai untuk kami memperhalusi dan lebih teliti dalam setiap keputusan yang diambil bagi memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi di masa hadapan,” katanya.

Syarikat itu turut menjelaskan logo pada tapak kasut keluarannya adalah 100 peratus diilhamkan berdasarkan bayangan garisan tali yang bersambung dengan sebuah kasut tumit tinggi.

Pengurusan Vern’s juga mengakui terdapat kekurangan pada rekaan logo tersebut yang boleh mengakibatkan ia disalah tafsir, seterusnya menyinggung perasaan ramai pihak.

Syarikat itu turut memuat naik gambar kasut yang didakwa menjadi ilham kepada logo itu.

Sebelum ini, tular satu video berdurasi tiga minit di media sosial berkenaan seorang lelaki mendakwa  kasut Vern’s yang dibelinya memaparkan logo dipercayai seakan kalimah Allah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dalam maklum balas berkaitan isu itu berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarah memanggil pihak berkaitan untuk mendapatkan penjelasan lanjut, esok.

Mohd Na’im yang menegaskan tidak berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya jelas membuat tindakan yang menghina agama Islam,  turut meminta semua pihak bertenang dan memberikan ruang kepada JAKIM dan pihak berkuasa melakukan siasatan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan