Search
Close this search box.
Empat buah kereta hangus dalam kebakaran di Mutiara Idaman 1, Jelutong di sini hari ini. Foto JBPM

Empat kereta hangus dijilat api

GEORGE TOWN, 7 April: Empat buah kereta dilaporkan hangus dalam kebakaran di tempat letak kereta Mutiara Idaman 1, Jelutong di sini hari ini.

Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Fairol Mahazi Malek berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada 3.50 petang sebelum jentera tiba di lokasi kejadian yang terletak 1.5 kilometer.

“Bomba yang tiba tujuh minit kemudian mendapati kebakaran itu membabitkan empat buah kereta yang yang hampir hangus sepenuhnya.

“Ia membabitkan kebakaran 70 peratus pada kereta Perodua Kancil, Honda Accord dan Perodua Myvi serta sebuah Proton Saga BLM terbakar 20 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar beliau, api berjaya dikawal pada 4.02 petang sebelum kebakaran itu dipadamkan sepenuhnya pukul 4.16 petang.

“Kejadian itu didapati tidak membabitkan mangsa dan sebarang kecederaan.

“Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pasukan forensik bomba,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan