Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak yang juga Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian. Foto, Ahmad Nasrullah (TVS).

Dahulu lawan, kini kawan, selepas ini apa? – Dr Sim

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 7 April: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) meluahkan perasaan bercampur baur selepas Parti Sarawak Bersatu (PSB) sah dibubarkan dengan ahli – ahlinya diumumkan menyertai Parti Demokratik Progresif (PDP) semalam.

Presidennya, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata, ini kerana PSB sebelum ini begitu agresif menentang Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Sebelum ini mereka (PSB) lawan dan (hendak) ‘bunuh’ GPS namun gagal.

“Ini senario politik di Malaysia yang sangat menarik, sebelum ini kita lawan, kini menjadi kawan tetapi selepas ini apa pula, adakah lawan semula? Kita tidak dapat jangka hal ini,” katanya.

Dr. Sim berkata berkata demikian ketika diminta mengulas pembubaran PSB yang menyaksikan presidennya, Datuk Seri Wong Koh dilantik sebagai Naib Presiden Kanan PDP.

Presiden PDP, Datuk Seri Tiong King Sing dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PDP semalam memaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnical Rayong Ngipa, dan ADUN Ba’kelalan, Baru Bian pula masing-masing dilantik sebagai Naib Presiden PDP.

Sementara itu Dr. Sim menegaskan, tiada keperluan mendesak untuk pemimpin parti komponen GPS melakukan pertemuan dengan bekas ahli PSB yang menyertai PDP.

Katanya, GPS kekal dengan prinsipnya bahawa gabungan itu mempunyai hak dalam pengagihan kerusi semasa pilihan raya.

“Prinsip GPS adalah kerusi itu milik parti komponen dan bukannya milik individu (wakil rakyat),” katanya.

Terdahulu, beliau hadir pada Pameran Makanan Amal 2024 Persatuan Orang-orang Pekak Sarawak di sini, hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan