Search
Close this search box.
Peminat badminton boleh membeli tiket secara dalam talian bermula jam 11 pagi Isnin ini untuk menyaksikan Kejohanan Masters Malaysia 2024 yang akan diadakan di Arena Axiata di Bukit Jalil dariĀ  21-26 Mei ini. Foto, BAM.

Badminton: Tiket Masters Malaysia dijual mulai Isnin ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 7 April: Peminat badminton boleh membeli tiket secara dalam talian bermula jam 11 pagi Isnin ini untuk menyaksikan Kejohanan Masters Malaysia 2024 yang akan diadakan di Arena Axiata di Bukit Jalil dariĀ  21-26 Mei ini.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menggalakkan peminat membeli tiket mereka dengan memanfaatkan kempen tawaran awal (early bird)Ā dari 8 hingga 22 April untuk mendapatkan tempat duduk mereka pada kadar diskaun.

BAM juga telah memperkenalkan kategori ‘Platinum’ untuk tiket harian dan bermusim denganĀ menggantikan kategori ‘Superfan’.

“Perubahan ini bertujuan meningkatkan akses untuk peminat dengan kategori ā€œPlatinumā€™ kini tersedia dengan tawaran awal,ā€ menurut BAM dalam kenyataan malam tadi.

Pembelian tiket dan maklumat lanjut boleh diperolehi dengan melayariĀ www.ticket2u.com.my.Ā  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan