Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong telah menyempurnakan acara penyerahan sumbangan kepada pihak pengurusan Masjid dan Surau bagi daerah Gedong menerusi geran projek kecil luar bandar (MRP) sempena Majlis Berbuka Puasa Daerah Gedong tahun 2024. Foto Faitullah Morni (TVS)

Premier Sarawak, TH dan TVS raikan 600 asnaf di Gedong

ByLuqman Muhammad

GEDONG, 6 April: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meraikan seramai  600 orang asnaf di sini, pada Majlis Berbuka Puasa Daerah Gedong pada petang tadi.

Majlis anjuran Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong bersama Lembaga Tabung Haji (TH) dan TV Sarawak (TVS) itu merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ketiga-tiga pihak berkenaan bagi menyantuni mereka yang kurang berkemampuan sempena Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tidak lama lagi.

Terdahulu, majlis menyaksikan Abang Johari menyempurnakan acara penyerahan sumbangan kepada pihak pengurusan Masjid dan Surau bagi daerah Gedong menerusi geran projek kecil luar bandar (MRP).

Sejurus ituC Abang Johari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong meneruskan simbolik penyerahan sumbangan kepada 56 penerima asnaf sebagai persediaan mereka meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Majlis diteruskan dengan solat fardu Maghrib yang dipimpin Imam Besar Sarawak Sahibul Fadilah Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi sejurus itu Abang Johari menyertai majlis berbuka puasa bersama warga kampung yang hadir.

Usai itu, Abang Johari menunaikan solat fardu Isyak serta solat sunat Tarawih sebelum mengakhiri majlis dengan jamuan moreh.

Turut hadir Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi, Alhi Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee, Wakil Khas Premier Sarawak di Gedong, Dato Sri Mohd Naroden Majais, Pengerusi TVS, Datuk Norhayati Mohd Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif TVS, Kushairi Abang, Pengarah Tabung Haji Negeri Sarawak, Amat Kassim Pait, Ketua Pegawai Eksekutif Tribune Press dan Suara Sarawak, Dato Dr Jeniri Amir serta dif-dif kenamaan yang lain. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan