Search
Close this search box.
Datuk Mutang Tagal menyampaikan sumbangan berjumlah RM5,000 kepada Kenosis Sarawak. Foto TVS

Kenosis Sarawak, platform bina sinar baharu penghuninya

MIRI, 6 April: Kenosis Sarawak (KS) diyakini sebagai sebuah organisasi serta platform yang membantu dalam penyembuhan, pemulihan dan sosialisasi kepada masalah ketagihan dadah sekali gus memberi peluang kedua kepada penghuninya.

Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal berkata proses di Kenosis Sarawak (KS) amat penting dalam usaha mengurangkan dan membanteras penyalahgunaan dadah susulan kes berkaitan isu tersebut direkodkan meningkat sekitar tahun 2022 dan 2023.

“Menurut statistik yang dikeluarkan oleh PDRM pada tahun 2022, di Sarawak, terdapat 9,092 kes berkaitan dadah yang dilaporkan, manakala pada tahun 2023 mencatatkan sejumlah 10,365 kes.

“Sementara di Miri, 852 kes dicatatkan pada tahun 2022 dan sejumlah 1,098 kes dilaporkan pada tahun 2023,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Dialog Pemulihan Dadah dan Pemuridan Kenosis Sarawak di Miri pada Sabtu.

Antara ahli Jawantankuasa Kenosis Sarawak. Foto TVS

Mutang menambah, peningkatan mendadak nilai dadah yang dirampas pihak berkuasa daripada RM12,230.867 pada tahun 2022 kepada RM142,458,470.38 pada 2023 menimbulkan kebimbangan serius dan langkah segera perlu diambil bagi mengekang masalah tersebut.

Beliau dalam pada itu turut menyeru komuniti setempat agar tidak menyisihkan individu yang terlibat dalam penggunaan dadah bagi mengelakkan individu tersebut kembali terlibat dengan dadah.

Masyarakat umum khususnya warga KS dinasihat agar terus berusaha melawan godaan najis dadah dengan mendekatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan serta berpegang teguh kepada ajaran agama.

Terdahulu, majlis turut menyaksikan Mutang menyampaikan sumbangan berjumlah RM5,000 kepada KS bagi membantu organisasi tersebut melaksnakan pelbagai aktiviti yang melibatkan warganya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan