Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Perlancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Snowdan Lawan merasmikan Expo Tatu Antarabangsa Kuching 2024 di Dewan Dayak Bidayuh National Association (DBNA) di Kuching pada Sabtu. Foto TVS.

Ekspo Tatu Antarabangsa Kuching 2024 ketengahkan seni, produk pelancongan masyarakat Dayak

KUCHING, 6 April: Budaya mencacah tatu yang terkenal dalam kalangan masyarakat Dayak diyakini sebagai salah satu produk pelancongan dalam industri seni di Sarawak.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan berkata, jika suatu ketika dahulu, tatu yang dicacah di tubuh seorang lelaki merupakan lambang keberanian dan kemegahan namun kini ia menjadi produk pelancongan atau kesenian di negeri ini.

Seni tatu tersebut juga menurutnya berupaya memperkenalkan adat serta budaya tempatan kepada negara luar kerana setiap negara mempunyai keunikan adat resam tersendiri khususnya masyarakat Dayak Sarawak.

“Mungkin pada masa hadapan, mungkin mempunyai lebih daripada 45 atau lebih daripada 100 dan ia boleh menjadi Ekspo tatu dunia atau persidangan pada masa hadapan.

“Kemudian kita belajar tentang semua tatu di seluruh dunia dan semua orang yang datang ke Sarawak ke Kuching dan itu sangat penting kerana kita mempunyai sasaran empat juta pengunjung tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap semasa merasmikan Expo Tatu Antarabangsa Kuching 2024 di Dewan Dayak Bidayuh National Association (DBNA) di Kuching pada Sabtu.

Tambah beliau, keunikan motif tatu kaum Dayak Sarawak perlu dipamerkan hingga ke peringkat antarabangsa kerana ia adalah identiti negeri Bumi Kenyalang.

Masyarakat Dayak juga katanya perlu berbangga dengan motif unik tatu etnik tersebut kerana ia merupakan satu seni kreatif yang diiktiraf di peringkat dunia.

“Saya tahu beberapa rakan Eropah kami yang saya temui pada hari itu mereka mempunyai tatu iban di badan mereka dan saya sangat gembira kerana mereka memutuskan untuk menggunakan tatu iban di badan mereka.

“Mereka membawanya ke seluruh dunia dan secara automatik mereka menjadi duta ke Sarawak,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan