Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi berbuka puasa bersama warga PDRM Sarawak di Kuching, hari ini. Foto Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (FB)

Tun Wan Junaidi berbuka puasa bersama warga PDRM Sarawak

KUCHING, 5 April: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menghadiri Majlis Berbuka Puasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak, hari ini.

Beliau dan isteri tiba di Masjid Al-Mujahiddin, Kompleks Perumahan Polis Tabuan Jaya pada 6.40 petang.

Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi disambut warga PDRM sejurus tiba untuk majlis berbuka puasa di Kuching, hari ini.

Ketibaan Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah disambut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata dan isteri, Datin Jennita William serta Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Ibrahim Darus dan isteri, Datin Zanilatun Kamariah Zakaria.

Beliau menunaikan solat Maghrib, solat Isyak dan Tarawih berjemaah bersama kira-kira 200 jemaah di masjid berkenaan.

Selepas selesai solat tarawih, beliau dan isteri kemudiannya menikmati moreh.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan