Search
Close this search box.
Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda yang memandu laju di Lebuhraya Pan Borneo dari arah Saratok dan videonya tular di media sosial tampil di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Kuching pada 3 April. Foto hiasan TVS

Tular memandu laju, pemandu disaman polis

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 5 Apr: Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda yang memandu laju di Lebuhraya Pan Borneo dari arah Saratok dan videonya tular di media sosial tampil di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Kuching pada 3 April.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata pemandu terbabit dikenakan saman termasuk memandu dengan laju di bawah Seksyen 079 (2) Akta Pengangkutan jalan 1987.

“Saman lain adalah tidak memiliki lampu brek ketiga, mengubah suai peralatan, nombor plat ‘fancy’ dan mengubahsuai ekzos.

“Kenderaan tersebut ditahan di bawah Seksyen 60 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Pemandu yang mengakui kesalahannya, menjadi tumpuan netizen selepas memandu laju pada 4 Mac lalu.

BSPTD Kuching pada 2 April berjaya mengesan pemandu tersebut dan mengarahkan pemandu tersebut untuk menyerah diri di BSPTD Kuching.

“PDRM menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas.

“PDRM tidak akan akan berkompromi dengan mereka yang gagal mematuhi undang-undang jalan raya bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya lain,” tegasnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan